
Dalam
kejadian jam 7.30 pagi itu, bayi perempuan cukup sifat berkenaan ditemui dibalut
dengan kain oleh wanita berusia 40-an terbabit yang kemudian membawa masuk ke
dalam rumahnya.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Goh Lee Fook berkata, pihaknya
tidak menolak kemungkinan bayi malang itu dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam
sebelum diletakkan individu tidak bertanggungjawab di rumah berkenaan.
“Polis
yang dimaklumkan mengenai penemuan itu kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati
bayi terbabit dalam keadaan sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan di
badannya.
“Namun,
polis setakat ini masih menjalankan siasatan kerana tiada sebarang dokumen
ditinggalkan pada bayi itu ,” katanya di sini, semalam.
Kata
Goh, bayi berkulit cerah dan bermata sepet seberat tiga kilogram itu sudah
dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan dilaporkan stabil.
Menurutnya,
kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan (KK) kerana membuang
bayi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau
kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
“Polis
sedang menjalankan siasatan di sekitar kawasan itu dan mengambil keterangan
daripada orang awam bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab membuang bayi
terbabit.
“Orang
ramai yang mempunyai maklumat atau melihat mana-mana individu mencurigakan
diminta menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
0 Response to "Bayi Ditinggal Didepan Pintu"
Post a Comment