h
Kota
Bharu: "Setiap hari kami terpaksa catu makanan dengan hanya makan sekilogram
beras berkuahkan budu untuk kami tujuh beranak.
"Kalau
tidak cukup duit, kami terpaksa makan ubi kayu dan pisang rebus untuk beberapa
hari," kata Zaiton Mamat, 41, yang hidup dalam keadaan daif bersama suami dan
lima anaknya berusia antara tiga hingga 19 tahun di Kampung Puteri Saadong,
Wakaf Che Yeh, di sini sejak lima bulan lalu.
Lebih
menyedihkan, mereka terpaksa menggunakan generator selepas bekalan elektrik di
rumahnya dipotong sejak setahun lalu dan menggunakan dapur kayu untuk
memasak.
Dua
anaknya, Mohd Lukman, 19, dan Mohd Hakim, 14, terpaksa berhenti sekolah lebih
awal untuk membantu keluarga manakala seorang lagi anaknya, Nur Arisya Amina, 4,
tinggal dengan ibu saudaranya di Kuala Lumpur kerana kesempitan hidup.
Zaiton
berkata, kehidupan keluarganya mulai berubah selepas suaminya, Mohd Zulkifli
Abdullah, 45, yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tidak boleh bekerja
kerana menghidap penyakit ketumbuhan di perut.
0 Response to "Hanya Makan Nasi Berkuah Budu"
Post a Comment