Jakarta:
Seramai 95 orang yang terbabit minum arak buatan sendiri masih dirawat di
hospital di Sumedang, Jawa Barat.
Jurucakap
polis Nyoman Yudhana berkata, seorang daripada mereka tenat.
Kelmarin,
pihak berkuasa di wilayah itu mengesahkan 24 orang mati kerana meminum minuman
keras berkenaan yang dijual di sebuah warung jamu.
Nyoman
turut mengesahkan pihaknya sudah menahan pemilik warung berkenaan yang dikenali
sebagai D dan masih memburu dua lagi yang turut terlibat menyediakan minuman
itu.
Menurutnya,
semua yang dirawat itu mengadu pening dan mual selepas meminum arak berkenaan
yang disediakan dengan mencampurkan 96 peratus alkohol, air biasa dan bahan lain
yang didakwa ginseng.
Setiap
liter minuman itu dijual dengan harga Rp20,000 (RM5.60)
Ketika
disoal siasat berkata, dia sudah menjual minuman keras itu sejak dua tahun lalu.
- Agensi
0 Response to "95 Terlantar Akibat Minum Arak Buatan Sendiri"
Post a Comment