
Liaoning:
Seorang bayi yang baru lahir disangka mati dan ditanam selama dua jam didapati
masih hidup selepas kuburnya digali semula.
Lu
Xiaoyun melahirkan bayi itu di sebuah ladang di sini, tetapi menyangka dia
keguguran kerana percaya dia baru empat bulan hamil walaupun sebenarnya sudah
enam bulan mengandung.
Selepas
melahirkan anaknya itu, dia segera menghubungi suaminya, He Yong yang pulang
dari tempat kerja dan mendapati isterinya berlumuran darah.
Ketika
dalam perjalanan ke hospital, suaminya memberitahu kru ambulans bahawa tidak ada
gunanya memeriksa bayi berkenaan yang dikatakannya sudah mati kerana lahir tidak
cukup bulan.
Bagaimanapun,
apabila doktor memberitahu bayi itu mungkin masih hidup, Yong bergegas pulang
tetapi mendapati anaknya sudah ditanam ibu mentuanya.
0 Response to "2 Jam Ditanam Masih Hidup"
Post a Comment