
Kuala
Lumpur: Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan membatalkan pasport
milik blogger Alvin Tan mengikut Akta Imigresen selewat-lewatnya minggu
depan.
Menterinya
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu selepas lelaki itu
lari daripada undang-undang negara ini kerana melakukan pelbagai kenyataan
kontroversi membabitkan isu Islam dan perkauman.
"Semua
harus maklum hak pemilikan pasport adalah milik negara bukannya individu justeru
negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan terbabit tanpa
sebarang notis.
"Kita
mungkin akan membuat tindakan itu secepat mungkin... mungkin Isnin ini (esok)
mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen," katanya selepas pelancaran Skuad
Taktikal Khas 3, Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.
Ditanya
mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Alvin, beliau enggan mengulas
lanjut sebaliknya mahu lelaki itu ditahan secepat mungkin.
0 Response to "Pasport milik blogger Alvin Tan akan dibatalkan"
Post a Comment