
Kuala
Lipis: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, sepasang suami isteri
mengambil kesempatan mencungkil pintu kereta milik jemaah lalu menyelongkar
sebelum mencuri barang berharga termasuk pemain cakera padat digital (DVD), di
Masjid Kampung Sanlang, Penjom, dekat sini, jam 1.30 petang kelmarin.
Perbuatan
lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kuarters Pasir Mas Sawmill, Gua Musang,
Kelantan, bersama isterinya berusia 30 tahun berasal dari Pantai Cahaya Bulan,
Kelantan itu terbongkar selepas mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis yang mahu menunaikan solat Jumaat di
masjid berkenaan.
Turut
ditahan, enam anak pasangan terbabit berusia tujuh bulan hingga 10 tahun.
Ketua
Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu
anggota polis terserempak dengan pasangan terbabit berada di dalam sebuah kereta
Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid berkenaan sebelum
menghampiri mereka untuk menjalankan pemeriksaan.
"Polis
menemui lima senjata tajam, pelbagai peralatan pecah rumah, lima telefon bimbit,
tiga utas jam tangan, seutas rantai leher, tiga gelang tangan dan empat resit
surat pajak gadai," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
0 Response to "Kantoi Curi di masjid"
Post a Comment