Ada
seorang kakak ni, dah dekat monopouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit
cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek
orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya.
Tapi
entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding
lagi dengan pelamin vogue,
dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani
sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak
Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu
yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.
Setahun
setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir
genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya.
Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan
isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang
sekelumit pun.
Kak
Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kusematkan di hati untuk
mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu
kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai
minta izin untuk berjumpa cik abang.
Bila
dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya
berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya
tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas
mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri
semua madu merasa apa yang akak rasa.
Biarlah
betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang
suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini
mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan
kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun
subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat
dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani
rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat
kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.
Saya
terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan
sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan
kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat
beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh
gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.
Saya
batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu
kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!
Sumber
0 Response to "Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 Share Di Facebook"
Post a Comment