Bukan
mudah menjadi selebriti terkenal dengan pengikut yang ramai. Scha Al Yahya
berasa
rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur
iklan yang ditulis peniaga-peniaga dalam talian pada gambar yang dimuat naik di
laman sosial tersebut.
Bukan hanya Scha saja tetapi
kalau dilihat ramai artis yang mempunyai pengikut yang ramai mempunyai masalah
yang sama. Terlalu banyak iklan pada setiap komen gambar yang di post kan oleh
mereka di instagram.
Dalam
pada itu, Scha berkata, dari satu sudut, dia tidak menyalahkan komen iklan
tersebut berikutan ia sebagai salah satu cara untuk menolong peniaga-peniaga
baharu mencari rezeki.
Katanya,
perkara tersebut juga memudahkan dia mencari sesuatu barang secara dalam
talian.
"Saya
tahu ramai yang marah dengan peniaga-peniaga barang yang komen di raungan gambar
artis. Saya juga marah tetapi kalau fikir balik itu sahaja cara ingin tolong
mereka.
"Lagi
pun saya mudah untuk mencari sesuatu barang yang saya inginkan,"
katanya.
Spamming ini sebenarnya tak
kira di facebook mahupun di instagram, media sosial ini merupakan medium yang
mudah bagi peniaga untuk melariskan penjualan.
Sumber
0 Response to "Scha Al-Yahya Tertekan Desakan Peminat Padam Iklan Di Instagram"
Post a Comment