Seorang
anak telah bermimpi didatangi ibunya yang meminta anaknya supaya memindahkan
kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Pada ketika itu, ibunya telah
meninggal dunia lebih dari 30 tahun.
Mungkin
bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Namun, anaknya
dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah
ibunya masih lagi kelihatan segar.
Sugiyem
telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi supaya
kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal
dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.
Yang
peliknya, mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut
jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia
meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.
Anak
sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan
berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih
hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat
pemurah dan penyabar.
Sumber
0 Response to "Kisah Benar Isteri Solehah Yang Menggemparkan Penduduk"
Post a Comment