
Bukit
Mertajam: Seorang lelaki warga Myammar berusia 59 tahun menanggung seksa lebih
20 minit selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pemprosesan rumput di Taman
Perwira, Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, pada 3.35 petang semalam.
Ketua
Balai Bomba Bukit Mertajam Pegawai Bomba Tinggi Wan Ruslan Wan Yahaya berkata,
kejadian ketika mangsa sedang memasukkan rumput ke dalam mesin berkenaan untuk
diproses sebagai makanan lembu.
Namun,
tangan mangsa dikatakan tersepit pada mesin berkenaan sebelum disedari rakan
yang kemudian menghubungi bomba.
"Kami
terpaksa menghubungi ambulans bagi meminta bantuan pegawai perubatan untuk
memberikan suntikan bius bagi mengurangkan rasa sakit dialami lelaki itu.
"Anggota
terbabit dalam kemudian terpaksa meleraikan mesin berkenaan untuk mengeluarkan
tangan mangsa yang tersepit,"
Wan
Ruslan berkata, mangsa kemudian dirujuk ke hospital untuk rawatan
kecemasan.
via: MyMetro
0 Response to "Tangan Warga Myanmar Tersangkut Dalam Mesin"
Post a Comment