
Kuala
Kangsar: Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar selepas tong gas yang yang
terjatuh dari sebuah lori dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah
utara selepas Terowong Menora, di sini, pagi ini.
Dalam
kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Exora turut
rosak apabila merempuh tong gas yang bertaburan di atas lebuh raya.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya yang tiba di tempat
kejadian beberapa minit kemudian mendapati tong berkenaan bertaburan di atas
lebuh raya selepas dipercayai terjatuh dari lori yang terbalik.
Katanya,
Perodua Alza berkenaan kemudian merempuh tong gas menyebabkan berlaku letupan
dan kenderaan itu terbakar.




Menurutnya,
kesemua mangsa terbabit dalam kejadian itu berjaya keluar dengan selamat dan
dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecederaan.
Menurut
Twitter @plustrafik laluan kontra dibuka di KM 257.3 bagaimanapun trafik masih
perlahan.
0 Response to "(5 GAMBAR) Kereta Terbakar Rempuh Tong Gas"
Post a Comment