
Johor Bahru: Seorang
pengawal keselamatan sebuah sekolah maut dipanah petir ketika berada di pagar
pintu masuk sekolah di Pasir Gudang itu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira
jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 57 tahun difahamkan maut di tempat
kejadian sejurus terkena panahan petir yang tepat pada tubuhnya ketika cuaca
mendung dan kilat sabung-menyabung.
Menurut sumber, mangsa yang
berasal dari Sabah itu sedang membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan
kepada kereta seorang guru yang ingin pulang selepas tamat sesi
persekolahan.
Bagaimanapun, katanya
mangsa tiba-tiba rebah sebelum didapati meninggal dunia dipercayai akibat
terkena panahan petir.
Sementara itu, Timbalan
Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari yang
mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
Menurutnya, mayat lelaki
itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut.
Hmetro
0 Response to "Pengawal Keselamatan Maut Dipanah Petir Di Sekolah"
Post a Comment