
SEORANG surirumah
dari Bukit Rambai, Melaka begitu marah selepas dia menangkap seorang kanak-kanak
lelaki berusia empat tahun melakukan sex oral ke atas anaknya yang berusia tiga
tahun yang juga lelaki.
Memetik
laporan The Star Online, wanita itu yang berusia 32 tahun, kini dia terpaksa
mengawasi pergerakan anaknya itu setiap kali sebelum tidur dan memasuki tandas
kerana kanak-kanak itu sudah mula memuaskan nafsunya sendiri selepas insiden
itu.
“Saya
terpaksa memukul tangannya setiap kali dia cuba memuaskan dirinya dan ianya amat
mengecewakan apabila melihat anaknya yang masih kecil tetapi sudah terdedah
dengan perlakuan sebegitu.
“Antara
perkara yang kami lakukan ialah menghantarnya ke lebih banyak kelas agama Islam
dan memberi panduan kepadanya tentang apa yang betul dan apa yang salah,”
katanya.
Wanita
itu menangkap perbuatan anak jirannya itu ke atas anaknya di luar rumah mereka
pada pukul 5.30 petang pada 7 November lepas.
Menurutnya,
kanak-kanak empat tahun itu melucutkan seluar anaknya sebelum melakukan
perbuatan seks oral berkenaan.
“Saya
terpaksa mengawal pergerakan anak saya selepas beberapa orang jiran memberitahu,
kanak-kanak sama turut melakukan perkara perkara itu kepada anak mereka.
“Pada
mulanya, saya tidak mempercayai cerita jiran-jiran, tetapi kini saya melihatnya
sendiri,” katanya.
Dia
berkata, anaknya itu ada mengadu sakit di bahagian kemaluan sejak bulan lepas
tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang ganjil.
“Hanya
apabila saya melihat sendiri perlakuan menjijikkan itu saya sedar ia telah pun
berlaku beberapa kali dan betullah apa yang dikatakan oleh jiran saya.
“Saya
tidak menyalahkan anak jiran saya, kerana dia masih terlalu muda dan mungkin
terikut-ikut selepas melihat benda-benda yang tidak senonoh,” katanya.
Keputusan
yang diambil wanita itu untuk bertemu keluarga kanak-kanak empat tahun itu
begitu mengejutkan kerana keluarga kanak-kanak itu mempertahankan anaknya.
“Kedua-dua
mereka menuduh saya mereka-reka cerita.
“Saya
memberitahu mereka, bahawa anak mereka memerlukan bantuan untuk pemulihan..
Mereka mencabar saya melakukan laporan polis,” kata wanita itu.
Surirumah
berkenaan sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.
Menurutnya,
seorang doktor dari sebuah klinik swasta mengesahkan ada kecederaan di bahagian
kemaluan anaknya ketika anaknya itu dibawa untuk pemeriksaan perubatan.
“Dia
masih menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil dan masih memerlukan rawatan
perubatan,” katanya.
The
Star dalam laporannya menyebut, sumber polis memaklumkan siasatan kes berkenaan
masih dijalankan dan pihak polis sudah pun bertemu dengan keluarga kedua-dua
kanak-kanak yang terlibat.
Sumber
: THE STAR
0 Response to "Mak Tangkap Anak 4 Tahun Lakukan Se ks Oral"
Post a Comment