
Menurut
ulama maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati
tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri
atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).
Di
dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :-
“Tidak
akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadis Riwayat at-Tayalisi dari
‘Ammar).
Maksud
dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana
ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya,
dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku
mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).
Sabda
Nabi SAW yang maksudnya :
“Tiga
manusia akan diharamkan Allah dari syurga;1. Orang yang ketagih arak2. Orang
yang menderhakai dua ibu-bapanya3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri
atau menyetujui perbuatan zina yang dalam kalangan ahli keluarganya. (Hadis
Riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503).
Wallahu a’lam.
0 Response to "Perbezaan Di Antara Cemburu & Dayus !"
Post a Comment