
Disaat kita
hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita?
Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat
dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun
ini.
1- Makan harta
anak yatim secara haram.
( untuk
menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta
yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat
yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT.
Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak
terhapus).
2- Menuduh
wanita solehah berzina.
( Orang yang
menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika
wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah
penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya
maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT
).
3- Lari dari
medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang
lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga,
cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga
Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan
tersebut ).
4- Melakukan
sihir.
( Mereka
belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT,
memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah
Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman
yang sewajarnya ).
5- Bersyirik
kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan
makhluk.
( Dosa syirik
atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan
perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat
kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam
mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal
ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT
atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh
Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang
membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk
mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka
yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara
Islam Madinah).
Kitab
Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
0 Response to "6 Dosa Yang Tak Diampun Allah SWT Walaupun Dengan Taubat"
Post a Comment