

Alor
Setar: Seorang penolong pengurus sebuah agensi kerajaan ditahan reman lima hari
oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas disyaki meminta habuan seks
sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik.
Perintah
reman dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar terhadap tertuduh yang berusia
50-an kira-kira jam 10.45 pagi ini.
Tertuduh
yang memakai baju lokap warga ungu tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi
tadi.
Kes
disiasat mengikut Akta SPRM 2009.
Suspek
ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah
bilik hotel di Jalan Putra di
sini, kira-kira jam 2 petang semalam, ketika bersama seorang janda berusia
lingkungan 20-an dipercayai cuba dijadikan mangsanya.
Suspek
dipercayai meminta habuan seks daripada pemohon rumah Pembangunan Perumahan
Rakyat Termiskin (PPRT) yang kebanyakannya terdiri daripada ibu
tunggal.
0 Response to "Minta Seks Untuk Lulus Rumah PPRT"
Post a Comment