
Johor
Bahru: Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan penemuan satu janin di
tepi perhentian bas berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh di sini,
semalam.
Remaja
berusia 16 tahun itu ditahan selepas disyaki membuang janin berkenaan yang
diletakkan dalam sebuah kotak di bawah rimbunan pohon buluh di lokasi
kejadian.
Ketua
Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata,
janin yang cukup sifat itu dianggarkan berusia 18 minggu.
Beliau
berkata, suspek terbabit dipercayai membuat pengguguran haram di sebuah hospital
swasta hasil persetubuhan yang tidak sah.
"Polis
menjalankan siasatan rapi dan dalam tempoh empat jam, kami berjaya mengesan
suspek yang dipercayai ibu kepada janin terbabit," katanya.
0 Response to "Buang Janin Dekat Kubur"
Post a Comment