Nampaknya kekalahan besar pasukan bola sepak
Malaysia 10 - 0 ditangan UAE yang memalukan semalam dalam pusingan kelayakan
Piala Dunia zon Asia telah membuatkan skuad Harimau Malaya, Jurulatih Dollah
Salleh dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menerima kritikan yang
hebat.
Kalau dilihat di laman sosial Facebook hari,
tajuk perbincangan pengguna laman sosial banyak terarah kepada kekalahan besar
yang memalukan tersebut kerana ia adalah kekalahan terbesar dalam sejarah bola
sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.
Berdasarkan rekod kekalahan terbesar skuad
Malaysia sebelum ini adalah 48 tahun lalu pada 16 November 1967 apabila kita
tumpas 2 - 8 ditangan New Zealand di Kuala Lumpur.
Kerana kekalahan besar tersebut, ia telah
menarik perhatian DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johor di mana beliau telah menghantar satu mesej kepada badan induk bola
sepak Malaysia berkenaan.
Berikut adalah mesej yang disampaikan oleh
Baginda melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers kepada FAM.
Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa
Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk
mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing
pasukan kebangsaan. Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah
secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak
tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan
semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka
terima iaitu sebanyak 70% hingga 80%. Setakat untuk mendapatkan khidmat
jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20%
hingga 25% bahagian daripada hak penyiaran.
Pembangunan akar umbi boleh
dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan
kelab-kelab. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab
untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan
latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan. Dengan hasil daripada hak
penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan. Khidmat jurulatih luar
yang baik juga amat penting. Sebagai contoh, mengapa terdapat perbezaan apabila
pemain JDT bermain untuk negara berbanding kelab? Pablo Aimar pernah mengajar
saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya
tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50%
adalah kejurulatihan dan 50% adalah pemain.
Dari segi mentaliti pemain, satu-satunya
perkara yang boleh memupuk sikap profesionalism adalah Akademi. Di sini dilihat
kepentingan pendidikan. Para pemain yang sedia ada kini tidak boleh
diselamatkan. Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk
Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu
lagi. Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bolasepak tanah air
perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap
pemain bolasepak negara. Oleh itu, mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang
telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah. Jikalau
kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya
untuk membunuh bola sepak tanah air.
Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun
mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya
hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
0 Response to "Tolong Sampai Mesej Saya Ini Kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - TMJ"
Post a Comment