Masih ingatkah lagi anda kisah seorang bapa
hebat sebulan lalu di mana kisah bapa bernama Mohd Reza Bin Samsudin yang
membawa tiga orang anaknya pulang ke kampung dari Sepang ke Pulau Pinang hanya
menaiki sebuah motosikal Ex5.
Kisah ayah hebat ini telah mendapat perhatian
ramai rakyat Malaysia yang bersimpati dengan beliau memandang jarak perjalanan
dari Sepang ke kampungnya amatlah jauh.
Alhamdulillah, rezeki abang Reza murah apabila
dikatakan sumbangan yang diberikan kepadanya mencurah-curah dan ada yang
mendermakan kereta kepada beliau.
Apa yang menarik, selepas menjadi viral
pergerakan pulang beliau bersama anak-anaknya melalui Projek lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) untuk pulang ke Sepang telah menjadi perhatian di mana
kebanyakkan mereka yang terjumpa beliau pasti akan menegur, mengambil gambar,
hendak tumpangkan mereka dan tidak kurang yang memberikan sedikit bantuan
kewangan kepadanya.
Kisah bapa cekal dan hebat ini telah menarik
perhatian media di mana abang Reza telah dijemput ke studio Stesen TV Al-Hijrah
dalam rancangan Assalamualaikum.
Semasa ditemubual stesen TV berkenaan kata-kata
abang Reza yang cukup membuatkan air mata anda yang melihatnya mengalir.
Percakapan dan kisah yang Abang Reza ceritakan
ini telah ditulis semula pengguna Facebbok bernama Syikin Jana di mana
perkongsiian beliau telah berjaya menarik perhatian orang ramai.
Berikut adalah kisah yang diceritakan dan
dikongsikan oleh Puan Syikin.
Kisah ayah yang bawa 3 anak naik motor
dari Sepang pulang ke Penang..
Mata hamba masuk habuk
Dari Sepang 6 pagi sampai Penang 10
malam.
Bukan tak sayang anak
Saya tahu ini merbahaya
Tapi tidak mempunyai
pilihan
Duit saya hanya RM50 dalam
poket
Saya hanya berTawakal kepada
Allah
Anak anak enjoy dalam
perjalanan
Ramai yang nak tumpangkan
Tapi saya taknak menyusahkan
orang
Lebih dari 10 orang nak
membantu
Terima kasih rakyat
Malaysia
Kerana prihatin kepada kami
Ramai yang bagi duit raya pada anak
saya
Anak belajar nilai
kesusahan
Dari situ mereka belajar
sesuatu
14 jam perjalanan mengajar
mereka
Tentang prihatin dan
kemanusiaan
Pesanan En Reza
Dalam apa situasi
Jangan lupa Allah
Setiap masalah
Allah dah ada jalan
penyelesaian
Usaha sedaya upaya yang kita
mampu
Bila ada masalah
Jangan mengadu pada manusia
Mengadu pada Allah
Ikhtiar dan tawakal
Yakinlah
Allah ada susunan untuk
kita
- Siakapkeli.my
0 Response to "DISEBALIK Kisah Kecekalan Seorang Bapa, Nasihat Berguna Kepada Ibu Bapa Di Luar Sana"
Post a Comment