Mayat bayi berusia lima bulan ditemui dalam
keadaan perut pecah dan dibungkus menggunakan kain putih di Tanah Perkuburan
Jalan Ampang, di sini, kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten
Komisioner Zainol Samah berkata, mayat bayi terbabit ditemui orang awam di atas
tanah kubur sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
"Siasatan di lokasi kejadian turut menemui
bungkusan plastik dipercayai uri bayi berkenaan kira-kira 20 meter dari jarak
mayat dijumpai," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Difahamkan sehingga kini jantina bayi berkenaan
gagal dikenal pasti.
Zainol memberitahu kes disiasat mengikut
Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh
menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian
03-26977099.
0 Response to "Tergamaknya Ibu, Bayi Di Temui Pecah Perut Diatas Kubur"
Post a Comment