
Gambar
Hiasan
Hubungan
terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan
ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan
lelaki berlainan...
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini
berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun
yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSaysdotcom,
baru-baru ini.
“Sebanyak
60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus
daripada mereka mengaku pernah melakukan s3ks dengan lima kekasih...
“Hasil
kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality
check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai s3ks lebih awal,
seawal 10 atau 11 tahun...
“Majoriti
memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali
s3ks melalui por_nografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai s3ks
dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya...
Menurutnya,
74 peratus remaja yang melakukan s3ks mengaku tidak mengamalkan kaedah
perlindungan...
Malah,
83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka.
Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman s3ks itu...
Kira-kira
30 peratus remaja pula memikirkan s3ks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti
mereka ada pengetahuan cukup mengenai s3ks sebelum mengadakan hubungan...
Malah,
berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak
gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan s3ks. Dua
daripada tiga pelajar melakukan hubungan s3ks kerana ingin mencuba dan
bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau
diajak kawan...
Statistik
Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil
sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang
2009 dan 107 kes pada 2008...
P/s:
Kronik memang kronik. Kalau anda selalu membaca portal berita di Singapura,
keadaan yang sama turut berlaku di sana...
Bezanya,
di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja
yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lu_cah
ialah orang Islam.
Yang
membuatkan berita di atas tidak berapa kena apabila yang membicarakan hal itu
ialah Timbalan Menteri yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa
seseorang boleh melacurkan diri jika berada dalam keadaan darurat....
sumber:berita
panas 2015
0 Response to "Gempar !!! Inilah Punca Kenapa Hampir 60 Peratus Gadis Berusia 15 Tahun Hingga 25 Tahun Tiada Dara"
Post a Comment