Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 12
pasangan kekasih dalam Ops Ambang Merdeka awal pagi tadi di sembilan hotel bajet
di sekitar negeri ini kerana disyaki bersekedudukan.
Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata
24 individu tersebut berusia antara 19 hingga 42 tahun ditahan di Klebang, Taman
Merdeka dan Kampung Lapan i dalam operasi lebih lima jam yang berakhir pada 4.30
pagi tadi.
"Antara yang ditahan ialah tiga wanita
Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh," katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Beliau berkata, mereka dibawa ke pejabat JAIM
di Bukit Palah untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah
Negeri Melaka 1991 sebelum dibenarkan ikat jamin oleh keluarga masing-masing.
Katanya, semua mereka juga akan menjalani sesi kaunseling. - BERNAMA
0 Response to "Rai 'MERDEKA' Dalam Hotel Bajet"
Post a Comment