Gambar jalur gemilang yang dirakam dari udara
diarak secara terbalik semasa perarakan Hari Kebangsaan pagi tadi menimbulkan
persoalan di kalangan netizen.
"Masaklah siapa yang bertanggungjawab. Confirm
pegawai yang bertanggungjawab akan ditukarkan dalam masa 24 jam," kata
netizen.
Namun, melalui penjelasan dari laman Jabatan
Penerangan pula menjelaskan sebab sebenar bendera Malaysia diarak secara
'terbalik' itu.
"Jika bendera dibawa berarak secara terbentang,
bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika
ianya dibawa dengan tiang bendera.
"Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau
dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan
Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari
hadapan,".
Jadi, tiada isu yang timbul dari gambar-gambar
yang tersebar. Hanya segelintir daripada kita yang tidak mengetahui
langkah-langkah mengusung bendera Malaysia.
Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Kebangsaan
Malaysia 2015.
0 Response to "Inilah Punca Sebenar Kenapa Bendera Malaysia Diusung Secara 'Terbalik'"
Post a Comment