Berita mengenai penyanyi Stacy yang telah memeluk Islam telah disambut baik oleh rakan baiknya Marsha. Menurut Marsha, sebelum ini, Stacy sendiri pernah meminta pendapat darinya tentang hasratnya (Stacy) untuk memeluk Islam.
“Stacy
pernah bertanyakan pendapat dan meminta pandangan dari saya mengenai hasratnya
untuk memeluk agama Islam. Semua itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi,”
kata Marsha yang ditemui semasa Majlis Tayangan Filem Jwanita.
Tambahnya
lagi, dia (Marsha) berasa gembira apabila akhirnya Stacy telah memilih jalan
yang dia mahukan selama ini dan menganggap itu adalah ketentuan takdir untuk
Stacy.
“Saya
gembira akhirnya dia telah menemui jalan yang dia mahukan selama ini dan Stacy
itu sudah saya anggap seperti adik saya sendiri,” ujarnya.
“Benda
ini sangat personal mungkin akan
rahsiakan juga dan akan memberitahu apabila tiba masa yang sepatutnya,”
tambahnya.
0 Response to "Marsha Akui Akan Berahsia Jika Peluk Islam, Beritahu Bila Tiba Masa Sesuai"
Post a Comment