Kami
pun tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh Tasha
Shilla apabila
sekali lagi berani tampil dengan pakaian yang cukup menjolok mata ketika
menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota
malam tadi.
Melalui
beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Instagram (sebelum dipadam semuanya),
tindakan Tasha yang berani itu sememangnya mendapat maklumbalas daripada ratusan
peminatnya yang rata-ratanya terkejut dengan perkara tersebut.
Malah
ada juga yang memohon supaya pelakon ini bertaubat dan tidak kurang juga yang
mencemuhnya kerana berani berpakaian sebegitu selain menasihatinya agar tidak
melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam.
Kami yakin Tasha berpegang
teguh pada quote yang penting
hati, bukannya pakaian seseorang itu. Apa
pun, Tasha juga pasti ada jawapannya sendiri atau menurut Tasha lagi sebelum ini
– biar tidak tutup aurat dikepala tapi masih
menjaga aurat hati lidah mulut.
0 Response to "Berpakaian Seksi, Peminat Mohon Tasha Shilla Segera Bertaubat"
Post a Comment