
Assalam semua. Saya nak kongsikan
pengalaman saya yang terjadi baru-baru ini.
Pada Ahad, 23 Ogos, kandungan saya
disahkan tidak bernyawa lagi. Saya amat terkejut dan sedih sekali. Dalam keadaan
tertekan dan masih terkejut, saya diminta membuat keputusan segera sama ada mahu
membuat prosedur kelahiran paksa atau secara sendiri yang mungkin mengambil masa
dua minggu berbanding paksa dalam tempoh maksimum 48 jam.
Saya
ditenangkan suami, dan setuju secara paksa iaitu induce. Punca
kematian bayi tidak diketahui melainkan dengan cara menghantar uri/placenta ke
lab untuk kajian dan saya bersetuju untuk melakukan ujian
tersebut.

Malam Isnin adalah malam terakhir
saya mengandung. Keesokan pagi, jam 7.20 pagi, saya dimasukkan ubat pertama dan
maksimum ubat adalah 4 kali. Sejak itu, hati saya berdebar-debar untuk
menghadapi saat-saat kelahiran. Saya amat stress sebab saya tahu saya bakal
melahirkan jasad tak bernyawa.
Jam 10 pagi, saya sudah mulai
cramp perut dan susah untuk meluruskan kaki sehingga jam 11.30 pagi. Saya cuba
bertenang sementara menunggu waktu melawat jam 12.30 tengah
hari.
Tidak lama kemudian, mak dan suami
saya sampai. Makanan tengah hari juga disediakan oleh hospital. Saya makan
sambil menahan sakit. Sudahnya, saya tak boleh makan dan cuba untuk baring. Saat
itu saya turun air dan darah. Saya dihantar ke bilik
pemeriksaan.
Jam 1.20 petang, sepatutnya saya
dimasukkan ubat dos kedua tetapi doktor periksa saya boleh teruskan untuk saat
kelahiran. Walaupun rahim saya masih belum bersedia untuk kelahiran tetapi
doktor sudah dapat merasakan janin dan menarik keluar tanpa sebarang
painkiller/bius.
Amat
sakit, hanya Allah sahaja yang tahu. Perut
saya masih cramp. Saya bertanya kepada doktor kenapa perut saya masih cramp.
Kata doktor, saya masih melalui proses kelahiran walaupun saya sudah melahirkan
dan saya akan normal semula dalam masa dua jam.
Kemudian doktor tekan perut saya,
sekitar rahim untuk mengeluarkan darah beku. Tak mampu saya nak mengambarkan
kesakitannya. Saya hanya mengucap dan menangis. Suami pula tidak dibenarkan
masuk.
Saat
saya menahan kesakitan, doktor bertanya sama ada saya mahu atau tidak melihat
bayi saya. Saya binggung dan tidak mampu berfikir. Setelah
didesak oleh doktor sebanyak tiga kali, saya cakap suami saya nak melihatnya
supaya saya dapat bertemu dengan suami.
Doktor bawa bayi saya ke lab. Kami
terkejut sebab semalam doktor cuma cakap nak mengambil uri sahaja untuk
siasatan. Bermulalah soal jawab kami.
Saya bertanya kalau setelah habis
di lab, boleh ke tidak kami menuntut bayi. Doktor menjelaskan, tak boleh sebab
semua janin yang keguguran/meninggal akan dilupuskan setelah selesai di unit
pathology dan itu adalah prosedur hospital.
Suami saya bertanya lagi, ‘Lupus
bagaimana? Adakah ditanam?”
“Tidak.
Semua janin di bawah berat 500 gram akan dilupuskan dengan kaedah
incinerator,” kata doktor.
Jujurnya ini pertama kali saya
mendengar dan tidak faham apa kaedah itu.
“Bakar?!
Doktor dan hospital bakar janin setelah kajian??” soal suami yang mahukan
kepastian dari doktor itu sendiri.
Doktor itu terkejut bilamana suami
saya mengetahui kaedah itu sebenarnya.
“Kita
biasa kendalikan banyak kes ya encik dan kita anggap janin kecil bukan bayi
tetapi sebagai sample tisu. Bukan pihak hospital yang uruskan pelupusan tisu
tetapi pihak luar,” jelas doktor itu lagi.
Setelah
kami berfikir panjang, kami nekad mengambil semula bayi kami. Tidak
lama kemudian, doktor lab datang ke katil saya untuk berbincang. Katanya ujian
lab penting untuk saya kelak dan dia cuba memujuk saya.
Saya
menjelaskan bahawa saya mahu mengebumikan bayi saya mengikut cara Islam. Saya
tidak rela anak saya dibakar. Doktor
itu berunding dengan ketua unitnya dan bersetuju untuk mengambil uri bayi
sahaja.
Syukur
alhamdulillah. Anak saya dikafankan di unit jenazah dan disemadikan mengikut
cara Islam yang sewajarnya. Bagi
ibu bapa, jadikan pengalaman saya sebagai panduan. Bertanyalah pada doktor
meskipun doktor tak suka kerana kita berhak mendapatkan maklumat yang tepat dan
jelas.
Credit
: Popiah.com
0 Response to "Luahan Sedih Ibu Ini, Doktor Nak Bakar Janin Bayi Saya !"
Post a Comment