
Mayat
Aylan Kurdi, yang tersebar melalui media sosial serta menjadi tajuk utama berita
TV dan akhbar di seluruh dunia bagaikan menceritakan betapa terdesaknya pelarian
dari Timur Tengah yang negara mereka diancam peperangan mahu melarikan diri ke
Eropah.
Alyan
bersama keluarganya, iaitu bapa, ibunya Rehan dan abangnya Galip berusia lima
tahun dalam mahu berhijrah ke Kanada meninggalkan bandar Kobani di Syria yang
musnah akibat perang.

Mereka
menaiki bot yang sesak dengan
pelarian dari Bodrum, Turki, semalam tetapi ia karam
kira-kira 30 minit kemudian dekat Pulau Kos di Greece.
Alyan mati lemas bersama
abang dan ibunya, hanya bapanya Abdullah Kurdi terselamat.
Menurut
bapa Aylan, berkata bot mereka amat sarat menyebabkan ia terbalik dipukul
ombak.
Abdullah
berkata, kapten bot itu yang panik apabila bot kecil dilanda ombak besar, terjun
ke dalam laut.
“Saya
mengambil alih mengemudi bot tetapi ombak amat besar dan bot terbalik. Selepas
itu saya sedar dua anak dan isteri saya sudah lemas,” katanya kepada AP.
Kesedihan
dan kepiluan melihat gambar Aylan tertiarap kaku di pantai mencetuskan
perbahasan dalam kalangan pemimpin Eropah yang mendesak tindakan segera diambil
bagi mengatasi krisis pelarian, terutama dari Syria.
Namun,
selagi perang saudara di Syria masih berterusan, ribuan rakyat negara itu akan
terus menggadai nyawa setiap hari cuba ke Eropah melalui Laut Mediterranean
menaiki bot nelayan yang usang.
0 Response to "(10 Gambar) Alyan Abang & Ibunya Mati Lemas, Hanya Bapanya Selamat"
Post a Comment