
Pertunangan
Akim Ahmad & Stacy AF hujung minggu lalu memang menjadi topik perbualan
ramai peminat dunia hiburan yang gembira dengan perkembangan hubungan kedua dua
penyanyi kesayangan mereka ini. Pastinya selepas ini mereka menantikan majlis
perkahwinan mereka pula.
Bercakap
kepada mStar Online, Stacy AF mengakui yang majlis
pertunangan ini dilangsungkan kerana permintaan keluarga yang mahukan
perkahwinan mereka berdua disegerakan lebih lebih lagi mereka sudah menjalin
hubungan cinta lebih enam tahun.
“Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah
masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan.
Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika
tiada ikatan”
“Selepas
berbincang, kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pertunangan pada
Sabtu lalu,” ujarnya yang gembira dengan pertunangan ini.
“Semestinya
saya gembira, akhirnya kami bertunang selepas enam tahun berkawan. Pada masa
sama, saya sendiri perlu lebih bersedia untuk menjadi isteri orang,” tambahnya
lagi.
0 Response to "Hajat Terbesar Keluarga Akim Dan Stacy Sebelum Mereka Berkahwin"
Post a Comment