Mekah :
Seorang jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia dalam tragedi rempuhan di
Mina tiga hari lalu.
Zulkifly
Samad, 50, dipercayai tersasar ke kawasan kejadian persimpangan Jalan 204/223
yang menempatkan perkhemahan jemaah haji negara-negara Arab.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,
kehilangan tersebut dilaporkan oleh isteri mangsa, Suria Hanim Abdul Hamid
kepada Tabung Haji pada pukul 11 malam pada hari kejadian setelah suaminya tidak
pulang .
‘‘Dalam
laporan tersebut, Suria Hanim mengakui, Zulkifly tidak bersama jemaah Tabung
Haji dari Muzdalifah kerana mahu berjalan kaki ke Mina mengikut sunnah
Rasulullah SAW.
![]() |
‘‘Panggilan
terakhir Suria Hanim kepada suaminya ialah pada pukul 7.15 pagi 10 Zulhijjah dan
Zulkifly beritahu dia sudah selamat tiba di Mina dengan jemaah haji dari negara
lain,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut
Asyraf Wajdi, setelah menerima aduan tersebut, para petugas Tabung Haji mula
mengesan Zulkifly di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan
Mina.
Kata
beliau, pada hari ini, kira-kira pukul 1.30 petang pasukan perubatan Tabung Haji
telah membuat pemeriksaan di Rumah Mayat Muaissem dan telah menemukan satu
jenazah rakyat Malaysia yang disahkan sebagai Zulkifly melalui beberapa
pengenalan diri seperti gelang dan lencana pengenalan diri serta barangan
peribadi.
Dalam
kejadian Khamis lalu, lebih 700 jemaah haji terkorban dan 900 lagi tercedera
dalam tragedi rempuhan di perkhemahan jemaah negara-negara Arab yang terletak
kita-kira empat kilometer dari perkhemahan jemaah haji Asia
Tenggara.
Zulkifly
berasal dari Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Taman Ukay Bistari dan
bekerja sebagai konsultan teknologi maklumat.
Menurut
Asyraf, Tabung Haji pada pemakluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang
telibat dalam rempuhan tersebut berdasarkan pengesahan daripada waris dan
maklumat awal dari penempatan jemaah haji.
‘‘Pihak
Tabung Haji telah membuat semakan dan pengumuman melalui siaraya di khemah
jemaah pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 3 petang pada hari
kejadian.
‘‘Tiada
sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang
kehilangan jemaah,’’ kata beliau. – AL FATIHAH
CREDIT
UTUSAN
0 Response to "(5 Gambar) 10 Zulhijjah detik dia dan suami terpisah.. suami terkorban Rempuhan di Mina"
Post a Comment