Kuala
Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan
meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF)
2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang
tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.
Rozita
atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak
menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik
persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
"Memang
betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
"Saya
tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional,"
katanya.
Menurut
Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
"Keputusan
saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv
setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
"Saya
menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak
sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
"Saya
cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat
bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,"
katanya.
Sementara
itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan
pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
"Sebagai
pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi
juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan
mereka.
"Sudah
tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika
orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki,"
katanya.
0 Response to "GEMPAR ! Berang DIMAKI Edry Halim ! Rozita Che Wan Nekad Tinggalkan Akademi Fantasia 2015"
Post a Comment