
Menurut info daripada individu yang memuat naik gambar, kejadian dikatakan berlaku di pasaraya AEON di Taiping, Perak.
Tinjauan kami di ruangan komen pada pautan gambar berkenaan menunjukkan hampir kesemua pengguna Facebook mengkritik tindakan wanita berbangsa Cina terbabit yang dilihat amat pengotor dan tidak bertanggungjawab.

Tidak kurang juga dengan sesetengah pihak yang melabelkan golongan ini seakan ‘ kurang ajar’ dan tidak menghiraukan hal sensitiviti bangsa lain.
Apa-apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, adalah sebaiknya menegur perbuatan perempuan terbabit dan bukannya memuatnaik gambar berkenaan untuk dijadikan bahan celaan di media sosial.
P/S : Semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi tidak kira dimana sahaja. Gunakanlah tempat khas yang telah disediakan.
0 Response to "Foto Ibu Dikecam Biar Anak Buang Air Kecil Pada Sinki Food Court"
Post a Comment