Hot !

SUAMI SEMPAT BUAT HUBUNGAN SEKS SEBELAH MAYAT ISTERI





Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2,  Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkanhukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin
di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya.

Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta,Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang.

''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan.Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah. Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang.

''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turuntangga dari tingkat atas rumah. Ketika di bilik tidur utama,dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cubamenghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya.



Mereka kemudian menuju ke KL Sentral dan menaiki kereta api ke Perlis pada pukul 8.15 malam sebelum turun di Rawangkira-kira 45 minit kemudian.

''Mohafri beritahu dia perlu buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina dan menyuruh saya balik semula ke Kuala Lumpur seorang diri. Saya naik komuter dan menunggu kawan saya, Wan dari Sungai Buloh datang menjemput.

''Pada malam itu, Wan bawa saya ke rumah Mohafri untuk mengambil beg pakaian saya. Apabila sampai, rumah telah dikelilingi pihak polis. Wan keluar dari kereta untuk bertanya dan diberitahu ada kes suami bunuh isteri,'' katanya lagi.

Sementara itu, kakak mangsa, Faizah Ahmad, 47, pula berkata keana suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan berhasrat untuk bercerai.

Dia yang bekerja sebagai pembantu jururawat bercakap dengan mangsa untuk kali terakhir pada pukul 5 pagi hari kejadian apabila Fazlina menghubunginya dan meminta mengambil cuti kecemasan bagi menghantar bapa mereka ke hospital.

''Sebelum keluar ke tempat kerja pada pagi itu, saya ada cuba menghubungi Fazlina untuk memberitahu saya tidak dapat hantar bapa, tetapi adik saya  akan berbuat demikian. Tetapi dia tidak dapat dihubungi,'' jelasnya.

Ketika diminta mengecam gambar-gambar Fazlina, saksi tidak dapat menahan kesedihan. Dia dilihat mengesat air mata menggunakan tisu yang diberikan oleh jurubahasa mahkamah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung pada  13 Januari ini.

Bekas pengurus katering bebas tuduhan bunuh



SHAH ALAM 12 April - Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah  Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan  membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus  dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan,  mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu  rumah bernama 'Yayok' itu untuk memberikan keterangan kerana dia  adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.

Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai MPendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara  asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat,  Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.

Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan  ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.

''Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati. ''Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,'' kata Hakim Mohtarudin.

Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No . 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan  10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan  berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan  Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.

Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri  awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus  mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang. Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.

Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas  di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang
hampir dua tahun ditahan di situ. SUMBER

0 Response to "SUAMI SEMPAT BUAT HUBUNGAN SEKS SEBELAH MAYAT ISTERI"

Post a Comment