Hot !

Tindakan Guling Kerajaan Haram – Mufti Perak


Apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak ini dengan memperlihatkan sikap memihaknya dalam mengeluarkan hukum atau mengaitkan sebarang perbuatan yang memudaratkan UMNO/BN..

Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Perak digulingkan hingga ada penyokong Pakatan Rakyat berguling suatu masa lalu, tidak kedengaran sebarang suara langsung dari Mufti Perak ini mengenai penggulingan itu..

Seolah-olah baginya perkara tersebut adalah dibenarkan dan halal hukumnya tetapi bila ada khabar angin kononnya ada cubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan pantas beliau mengeluarkan hukum..

Setahu aku tak ada pun usaha untuk menggulingkan Kerajaan yang ada cuma desakan supaya Najib letak jawatan..


Baca ni..


IPOH - Hukum menggulingkan kerajaan memerintah adalah haram di sisi agama Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu ditekankan kerana kerajaan sedia ada telah diberi mandat secara sah oleh rakyat melalui cara yang sah. 
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian. 
"Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar," katanya. 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan D Asnaf Cafe, di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Dr Amiruddin Muhamed?. 
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawa terdapat usaha dan gerakan individu tertentu untuk menggulingkan kerajaan. 
Sementara itu, ?tambah Harussani lagi, usaha menasihati kerajaan juga telah dilakukan pihaknya melalui penubuhan Majlis Ulama dan Umarak dimana keanggotaannya terdiri daripada menteri dan para ulama. 
"Setiap tiga bulan sekali kita akan bertemu dan pada pertemuan itu banyak pandangan dan nasihat dilontarkan," katanya. 
Beliau berkata, pandangan yang dikeluarkan oleh Majlis Ulamak dan Umarak itu juga kebanyakannya diterima dengan positif oleh kerajaan. 
"Alhamdulillah, setakat ini, pelbagai perkara yang kita lontarkan itu diterima dengan baik dan respon daripada pihak kerajaan juga bagus," katanya. 
Dalam pada itu, katanya, beliau berharap pimpinan negara melaksanakan tanggungjawab dengan amanah sepertimana yang telah digariskan dalam Islam. 
"Jika tidak, setiap daripada mereka akan dilaknat kehidupannya di dunia mahupun di akhirat," katanya lapor Sinar Harian

Persoalannya disini.. tidakkah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dulu telah diberikan mandat secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya?..

Jangan memihak sangat Pak Mufti..


0 Response to "Tindakan Guling Kerajaan Haram – Mufti Perak"

Post a Comment