Beberapa foto menunjukkan seorang
lelaki asing didakwa suspek yang meletakkan bom di Bangkok semalam tersebar di
laman sosial, hari ini.
Menurut Bangkok Post, lelaki asing
berkulit cerah tersebut didakwa sampai ke lokasi menggunakan tuk-tuk sambil
membawa sebuah bungkusan dan beg, dan dilihat tidak membawa barangan tersebut
tidak lama kemudian.
Namun begitu, pihak polis masih
belum dapat memastikan siapa suspek sebenar dalam kejadian malam
semalam.
Jurucakap polis, Leftenan General
Prawut Thavornsiri memberitahu, sebanyak 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
sudah diperiksa setakat ini.
Beliau memberitahu, pihak berkuasa
terpaksa mengambil masa untuk mengumpul bukti kerana letupan bom malam semalam
berbeza dengan kes-kes pengeboman sebelum ini.
Sementara itu, Setiausaha
Kesihatan, Narong Sahametapa dan para doktor memberitahu agensi DPA bahawa
terdapat kekeliruan dalam mengenal pasti kewarganegaraan
mangsa.
"Mereka tidak mampu bergerak dan
tidak membawa sebarang dokumen pengenalan semasa kejadian," kata Dr
Narong.
Menurut beliau, mangsa paling muda
dalam kejadian tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang
cedera di kepala.
"Beberapa mangsa yang sudah
dirawat dibenarkan keluar dari hospital, tetapi mereka yang masih trauma atau
alami luka terbakar masih dirawat," akhiri beliau.
Setakat ini tiada bukti jelas
mengenai penangkapan lelaki seperti mana yang tersebar, pihak berkuasa Thai giat
meneruskan sisatan.
0 Response to "(3 Gambar) Foto Suspek Bom Di Bangkok Tersebar Kini Di Tangkap ?"
Post a Comment