Hot !

Sayu : Luahan Suami Isteri Minta Cerai Selepas Seminggu Hilang

Kehidupan seorang suami dihantui kebimbangan apabila isterinya yang dicari berikutan menghilangkan diri sejak hampir dua minggu lalu turut mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta untuk diceraikan.

Hairil Zulhaili Fadzil, 31, berkata, isterinya, Mashitah Mohd Nor, 25, menghantar SMS berkenaan kira-kira jam 4 petang selepas dihantar ke tempat kerjanya pada jam 9 pagi, 6 Ogos lalu.

Menurutnya, SMS berkenaan adalah hubungan terakhir dihantar isterinya sebelum telefon bimbit miliknya dimatikan dan gagal dihubungi semula.

SMS berkenaan berbunyi “Salam mas nak mntk mf... mas mntk halal semua mkn minum mas... selama 3 tahun mas jd wife abg... pas ni tlg jgn cari mas lg... mas dh pi jauh dri lgkawi.... cuma mas mntk 1 sje... tlg cerai kn mas. 

Dh byk kli mas mntk abg tlg mas... mas dh xlh hidup bsama abg dh... sb mas dh xsyg atau cinta abg g... mas nk bebas... slagi abg xcerai mas slagi 2 mas xkn blik... mas mntk mf. (Sudah banyak kali mas minta, mas tak boleh hidup bersama abang sebab sudah tidak sayang dan cinta abang lagi, mas nak bebas, selagi abang tak cerai selagi itu mas tidak akan balik, mas minta maaf).

“Pada hari kejadian, saya menghantar isteri ke tempat kerjanya di sebuah kedai kasut di Langkawi Parade dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah kami mesra.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 4 petang pada hari sama, saya menerima SMS berkenaan dan juga yang terakhir sebelum telefon bimbitnya dimatikan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Hairil Zulhaili yang bekerja di sebuah syarikat pembersihan di sini berkata, dia dan isterinya berkahwin sejak tiga tahun lalu atas pilihan sendiri dan menetap di Kampung Bayas, Mukim Ulu Melaka, di sini.

“Walaupun selepas tiga tahun berkahwin, kami belum dikurniakan anak tapi hubungan kami baik menyebabkan saya bingung dan buntu memikirkan kejadian ini.

“Saya dan keluarga mentua puas mencari isteri sepanjang 11 hari lalu termasuk memeriksa dengan beberapa teman rapatnya, tetapi setakat ini belum menemuinya. 

Saya bimbang kerana isteri menghilangkan diri sehelai sepinggang,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Padang Matsirat, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Katanya, orang ramai yang melihat atau mengenali Mashitah boleh menghubunginya di talian 010-5209121 atau 017-5024610.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. -HM

0 Response to "Sayu : Luahan Suami Isteri Minta Cerai Selepas Seminggu Hilang"

Post a Comment