Hot !

Aktor Sezaman Tan Sri P Ramlee, Karim Latif Meninggal Dunia


Seniman veteran, Karim Latiff atau nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff, 78, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sejak Sabtu lalu, selepas mengadu sakit dada. 



Anak sulungnya, Izuddin Nizam, 43, berkata, keadaan kesihatan ayahnya kini semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif namun masih belum dibenarkan keluar wad. "Pada Sabtu lalu ayah mengadu sakit dada dan sukar bernafas sebelum kami membawanya ke hospital. Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan paru-parunya berair.

Pelakon veteran Karim Latiff atau nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff, 78, menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah hari tadi di Hospital Kuala Lumpur, akibat kanser. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak minggu lalu kerana sesak nafas dan kemudian dikesan menghidap kanser tahap empat. Seorang kenalan keluarganya berkata, Allahyarham dikenal pasti menghidap barah hanya selepas pemeriksaan susulan ketika dirawat di HKL, baru-baru ini.


"Allahyarham meninggal dunia di hospital. Jenazahnya kini di bawa ke kediaman keluarga di Kampung Pasir Hulu Klang tetapi setakat ini saya belum dapat makluman mengenai perincian lain termasuk urusan pengebumiannya," katanya ketika dihubungi BH Online, tadi. - BH

0 Response to "Aktor Sezaman Tan Sri P Ramlee, Karim Latif Meninggal Dunia"

Post a Comment