Shanghai:
Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan
sebagai amaran kepada pemandu lain.
Tao
Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas
terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.
Kedua-dua
kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di
kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan
seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal
membrek.
Lung
yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar
pokok sehingga terpelanting dari keretanya.
Dia
kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati
serta-merta.
Penduduk
berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis
bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.
Seorang
penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan
polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.
Apabila
polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya
terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.
“Mereka
mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya
menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu
bergelimpangan,” kata seorang penduduk.
Polis
gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.
Mayat
mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat
oleh orang ramai.
Mayat
Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan
sepenuhnya.
Kira-kira
220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding
negara lain. - AFP
0 Response to "Pasti Anda Terkejut Kenapa Polis Sengaja Tinggalkan Mayat Lelaki Ditengah Jalan Selepas Mati Kemalangan"
Post a Comment