Shanghai - Seorang pengusaha restoran makanan
laut di sebuah pasar di sini terkejut besar selepas udang segar yang dibelinya
di pasar berkenaan mengandungi gelatin semasa cuba memisahkan kepala udang
berkenaan.
Selapas diselidik ternyata udang berkenaan
adalah udang palsu di mana ia telah disumbat geletin bagi membuatkan udang
berkenaan nampak besar dan gemuk.
Menurut peniagan berkenaan, semasa dia membeli
udang tersebut memang nampak gemuk membuatkan minatnya tertarik namun semasa
membersihkan dia terjumpa gumpalan gel di dalam isi dan kulit udang
berkenaan.Didapati di dalam isi udang tersebut mengandungi banyak gel gelatin
menyebabkan dia naik marah dan mengambil gambar udang berkenaan dan dimuatnaik
ke laman Weibo.
Beliau kemudiannya telah membuat laporan polis dan ternyata sebelum dia sudah ada mangsa lain yang terbeli udang palsu tersebut di sebuah pasar di Wenzhou.Tindakannya mendorong agensi pemeriksaan ubat, makanan dan minuman China melancarkan serbuan dan pemeriksaan di beberapa pasar di seluruh China. - Siakapkeli.my
0 Response to "(5 Foto) Udang Segar Palsu Kini Dijual Di Pasaran"
Post a Comment