Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah
Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata kejadian berlaku jam 9.30 malam
selepas mangsa bermain dengan anak jirannya sebelum dirogol suspek yang juga
jirannya.
Beliau berkata kejadian disedari ibu mangsa
berusia 38 tahun apabila anaknya pulang ke rumah sambil menangis dan enggan
bercakap
“Kanak-kanak itu mengadu kesakitan pada
kemaluan menyebabkan wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah
Jempol,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa mangsa kemudian membawa
anaknya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sebelum doktor
memaklumkan mangsa dipercayai dirogol.
“Sehubungan itu, gerakan memburu lelaki
terbabit dijalankan sebelum suspek berjaya ditahan di sekitar Bahau pada jam 1
petang tadi (semalam),” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376
Kanun Keseksaan kerana merogol.
0 Response to "Kanak-Kanak 5 Tahun DIROGOL JIran"
Post a Comment