TIPS BAGAIMANA UNTUK MENGATASI MASALAH SUKAR
TIDUR MALAM
1) Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
Biasanya anda susah untuk tidur kerana
disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah
yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur
anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi,
anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran
anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda
boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan
perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai
tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.
2) Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
Waktu tidur adalah penting dalam memberikan
tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda
perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini
anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama.
Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat
dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran
anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.
3) Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan
Selesa
Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur
seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga
kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat
tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh
mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih
dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa
panas semasa tidur.
4) Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur
seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling
yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu
elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber
bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone
dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu
kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata
anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.
5) Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor
yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur
jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang
akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah
untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu
dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda
melelapkan mata.
6) Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat
keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa
sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala
kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan
mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
0 Response to "CARA MENGATASI MASALAH SUKAR TIDUR MALAM @ INSOMNIA"
Post a Comment