PETALING
JAYA: Pelakon Uqasha Senrose, 22, menjelaskan
hubungannya dengan aktor Syafiq Kyle mulai renggang kerana mereka terlalu sibuk
dengan kerjaya masing-masing.
Uqasha atau
nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen turut menegaskan selama ini dia
tidak pernah mengesahkan bercinta dengan pelakon itu.
"Dengan Syafiq
pun saya kawan sahajalah, memang dulu kami rapat dan sekarang ni masing-masing
sibuk dengan kerja.
"Saya tidak
pernah pun cakap yang saya bercinta dengan dia dan sekarang kami kawan macam
biasa… cuma tidak rapat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha diminta
mengulas hubungannya dengan pelakon itu selepas timbul gosip baharu dia
menjalinkan cinta dengan Iqram Dinzly.
Gosip itu
tercetus apabila kedua-dua mereka dilihat sering memuat naik gambar kemesraan di
laman sosial masing-masing.
Bercakap
mengenai Iqram, Uqasha berkata, dia senang berkawan dengan aktor itu kerana
Iqram seorang yang penyanyang dan mengambil berat.
Malah pada
peringkat ini hubungan mereka adalah untuk mengenali hati budi masing-masing dan
menjalinkan persahabatan seperti orang lain.
"Buat masa ini
saya berkawan sahaja dengan dia dan boleh dikatakan masih mengenali hati budi
masing-masing. Iqram seorang yang caring dan
sahabat yang baik. Dia boleh dijadikan kawan rapat,"
ujarnya.
Bagaimanapun
kata Uqasha, buat masa ini dia tidak memikirkan untuk ke fasa yang lebih serius
dan akan berkawan dengan sesiapa sahaja selagi belum bergelar isteri
orang.
Menurutnya,
dia mula berkawan dengan Iqram ketika mereka sama-sama beraya di Sarawak ketika
terlibat dalam program sambutan Hari Raya Aidilfitri selama empat hari di negeri
itu.
"Selagi saya
masih single dan belum berkahwin, saya tidak kisah berkawan dengan
siapa pun," ujarnya.
Dalam pada itu,
Uqasha berkata, dia berasa hairan kerana sering dikaitkan bercinta dengan
mana-mana lelaki, biarpun mereka sekadar teman biasa.
"Saya pelik
bila saya rapat dengan lelaki orang akan kata kami bercinta, walhal kami kawan
sahaja. Saya lihat ada sahaja artis lain yang berkawan dengan mana-mana lelaki
tetapi tidak pula digosipkan bercinta," soalnya.
Sebelum ini
hubungan Uqasha dengan aktor Pekin Ibrahim juga putus.
Mstar
Online
0 Response to "HEBOH - Hubungan Uqasha Senrose & Syafiq Kyle Renggang Adakah Sebab Iqram?"
Post a Comment