
PENYANYI Ariana Grande dilaporkan
menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi latarnya, Ricky
Alvarez.
E Online melaporkan pasangan
berkenaan rapat sejak beberapa bulan lalu dan penari itu dilihat sentiasa
bersama Ariana.
"Pasangan itu
rapat sejak beberapa bulan lalu tetapi hubungan profesional itu kini bertukar
romantik," kata sumber.
Bagaimanapun
kata sumber berkenaan, Ariana dan Ricky enggan mendedahkan hubungan mereka
secara terbuka kerana bimbang dengan perhatian diberikan oleh
media.
Terdahulu,
Ariana pernah bercinta dengan penyanyi Big Sean namun kesibukan dengan kerjaya
masing-masing membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah April
lalu.
0 Response to "Ariana Grande Pilih Penari Latar Sebagai Kekasih"
Post a Comment