Bukan tidak biasa kita
mendengar aduan orang ramai mengenai makanan dan minuman yang dihidang oleh
sesetengah restoran.
Ada sahaja cerita jijik
mengenai kualiti makanan termasuk penemuan bendasing yang boleh meloyakan anak
tekak bila dilihat.
Tapi dalam banyak-banyak,
tak sangka pula kami restoran francais popular Ayamas turut terpalit sama
menghidang juadah yang sudah basi kepada pelanggan.
Hal tersebut diadukan oleh
seorang pelanggan, Shafiq Fhadly yang meluahkan rasa tidak puas hati dan
kesalnya membeli ayam panggang dari Ayamas secara online baru-baru.
Menurutnya, ayam panggang
yang diberi bukan sahaja sudah basi dan berwarna pelik malah mempunyai bau yang
sangat busuk.
Lebih teruk, Shafiq
mendakwa terpaksa menunggu tempahan ayam panggangnya lebih dua jam berikutan
beberapa masalah termasuk penghantar makanan mengalami kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, perkara itu dimaklumkan lewat dan pihak restoran langsung tidak
memohon maaf mengenai kesulitan tersebut.
Difahamkan, selepas
mendapat tahu ayam panggangnya yang dibeli telah basi, Shafiq kemudian
memaklumkan hal tersebut kepada pengurus cawangan tersebut namun tiada sebarang
respon atau tindak balas.
“Malam ini saya membuat
tempahan Ayamas secara online pada pukul 7.41 pm untuk makan malam. Selepas satu
jam menunggu, saya menghubungi kembali untuk memeriksa tempahan saya dan
terkejut cawangan Ayamas (Damai Perdana) tidak menerima pesanan
saya.
“Selepas 1. 30 jam kemudian
pengurus cawangan menghubungi saya mengunakan telefon bimbitnya memaklumkan
mereka terpaksa membatalkan tempahan saya berikutan masalah teknikal (budak
penghantar terlibat dalam kemalangan). Saya rasa amat bersalah terhadap budak
itu namun mengapa mereka mengambil masa 1.30 jam untuk memaklumkan hal itu dan
membiarkan saya kelapan. Lebih teruk, pengurus mudah menyatakan jika saya masih
mahu lagi, saya perlu menunggu satu jam lagi.
“Akibat kedegilan saya dan
pengurus tindak berasa bersalah (tidak memohon maaf) saya tekad untuk menunggu.
Selepas satu jam kemudian (9.50 pm), akhirnya saya dapat tempahan
saya.
“Tetapi, apabila saya ingin
menjamahnya saya mendapati ayam itu sudah busuk (tidak boleh dimakan), berwarna
pelik dan mempunyai bau busuk. DAH BASI. BASI.
“Saya
menghubungi talian perkhidmatan pelanggan tetapi mereka sudah ditutup. Saya
menghantar SMS pada pengurus namun tidak menerima sebarang
respon,”tulisnya.
0 Response to "PANAS - Ayamas Jual Ayam Basi Dan Busuk Pada Pelanggan?"
Post a Comment