Kapar: “Subhanallah! Gelap
tak dapat cari jalan ni,” itu antara mesej sempat dihantar seorang penyampai
radio, Azhar Muhammad, 45, kepada rakannya melalui aplikasi WhatsApp sebelum
hilang di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang di
sini.
Dalam kejadian kira-kira
jam 7 malam kelmarin, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan itu
untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berhampiran.
Bagaimanapun mangsa
difahamkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam selepas turut sempat
menghubungi isterinya dan memberitahu akan pulang tidak lama
lagi.
Rakan baik mangsa, Ahmad
Ridzwan Yahya, 35, berkata, mangsa dipercayai menghantar mesej itu selepas
tersesat di kawasan hutan bakau itu.
“Mangsa juga sempat
menghantar pesanan “sebelum bateri telefon bimbit ini habis, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kumpulan
ini”.
Hmetro
Online
0 Response to "DJ Radio ‘ghaib’ Ketika Cari Siput"
Post a Comment