
PENDUDUK di
Nagaland, India sekali lagi bertindak memukul sehingga mati seorang lelaki yang
didakwa merogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11
tahun.
Sebelum
ini penduduk dan pelajar kawasan sama merempuh masuk sebuah penjara sebelum
mengheret keluar suspek kes rogol gadis berusia 18 tahun dan memukulnya sehingga
mati.
Terbaharu,
penduduk di situ dilapor menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dan
menggantungnya di khalayak ramai untuk dipukul.
Hukuman
itu dilakukan di hadapan lebih 1,000 penduduk pada siang hari.
Kejadian
yang turut disaksikan oleh kanak-kanak itu juga dirakam oleh sebahagian besar
penduduk untuk disebarkan.
Polis
tempatan memberitahu, kes melibatkan suspek berkenaan masih dalam
siasatan.
Bagaimanapun,
penduduk telah mengambil tindakan sendiri dengan menahan dan memukul lelaki itu
sehingga mati.
"Kami
tidak dapat menahan kemarahan penduduk berikutan polimik kes rogol yang sedang
menghantui penduduk India ketika ini," jelasnya.
Sumber
0 Response to "Penduduk Pukul Suspek Kes Rogol, Bunuh Hingga Mati"
Post a Comment