Wanita dari suku kaum Surma yang
menetap di kawasan pedalaman di negara ini, mempunyai cara tersendiri untuk
memikat hati suami iaitu dengan mengepit sebuah cakera besi di bahagian bibir
bawah mereka.
Mail Online melaporkan, amalan
tradisi yang dikenali sebagai 'cakera bibir' itu sudah diamalkan sejak 1896 dan
hanya akan dilakukan oleh wanita berusia 15 tahun ke atas.
Sumber



Menurut seorang wanita kaum Surma
yang dikenali sebagai Ataye Eligidagne, 20, mereka menggunakan cakera besi
tersebut sebagai sebahagian perhiasan diri untuk memikat hati
suami.

Cakera berkenaan juga merupakan
mas kahwin daripada keluarga sebelah wanita kepada keluarga pengantin
lelaki.

"Bagi penduduk tempatan, tradisi
ini merupakan maruah mereka, lebih besar cakera yang dipakai, mereka merasa
lebih menarik," kata seorang krew stesen penyiaran dari Australia, Abrahem Joffe
yang membuat liputan tentang tradisi pelik kaum terbabit.
Kata Joffe, cakera besi yang
digunakan oleh kaum Surma secara puratanya memiliki ukuran lilit 59.5 sentimeter
dan ukuran lebar 19.5 sentimeter.
Sumber
0 Response to "(6 GAMBAR) Jangan Terkejut Lihat Wanita Bermulut Paling SEKSI Ini"
Post a Comment