
LINCOLNSHIRE,
Britain – Sepasang kekasih di sini telah melangsungkan perkahwinan mereka di
ruang menunggu hospital selepas bakal isterinya diberitahu hanya mempunyai masa
dua hari untuk hidup baru-baru ini.
Jack
Beniston, 22, dari Stamford, dekat sini mengahwini Michelle O’Connor, 32, di
Hospital Bandar Peterborough sebagai tanda sokongan kepada teman wanitanya yang
nazak akibat kanser serviks.
“Saya
berkesempatan membawa kedua-dua belah keluarga dan kawan-kawan rapat untuk
menyaksikan perkahwinan ini dengan dibantu oleh pihak hospital,” kata
Beniston.
Pasangan
itu yang telah berkenalan selama tiga tahun, pada mulanya merancang untuk
melangsungkan perkahwinan selepas O’Connor selamat melahirkan anak perempuan
mereka, Martha melalui pembedahan pada Jun tahun lalu.
Bagaimanapun,
mereka tidak dapat berbuat demikian apabila O’Connor disahkan menghidap kanser
tahap empat selepas dua bulan melahirkan anak dan perlu menjalani rawatan di
hospital.
O’Connor
bagaimanapun meninggal dunia selepas empat minggu usia perkahwinan mereka. –
Agensi
0 Response to "Berkahwin Di Hospital Sebelum Tahu Bakal Isteri Akan Hidup Hanya 2 Hari"
Post a Comment