Hot !

Lelaki Cedera Di Tetak Dan Disamun Di Alliance Bank Kota Damansara



MANGSA cedera di bahagian kepala dan tangan.


Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera di kepala dan kerugian RM3,600 apabila disamun dua penjenayah di bank di PJU/20, Kota Damansara di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, mangsa berada di dalam bank berkenaan untuk memasukkan wang sebelum didatangi seorang suspek bersenjatakan pisau manakala seorang lagi suspek berada di luar.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, suspek kemudiannya memaksa mangsa mengeluarkan semula wang tunai RM1000 yang baru dimasukkan mangsa ke bank berkenaan.

Menurutnya, suspek turut cuba merampas kad ATM mangsa mengakibatkan berlakunya pergelutan antara mangsa dan suspek.

"Mangsa cedera di bahagian kepala dan tangan akibat kejadian itu. Wang tunai RM1,000 dan telefon bimbit mangsa dilarikan suspek," katanya,

Azmi berkata, ketika kejadian tiada pengawal keselamatan yang bertugas.

"Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek," katanya.


- hmetro.com.my


0 Response to "Lelaki Cedera Di Tetak Dan Disamun Di Alliance Bank Kota Damansara"

Post a Comment