Hot !

Wanita Cantik Dijemput Pilot Masuk Ke Kokpit Pesawat





HONG KONG - Jabatan Penerbangan Hong Kong menuntut penjelasan selepas seorang juruterbang menjemput seorang penumpang ke kokpit kapal terbang, 26 Februari lepas.

Menurut South China Morning Post, penumpang tersebut, Ada Ng Tsz-Yan telah memuatnaik beberapa gambar suasana kokpit dan menimbulkan persoalan keselamatan.

Menurut Ng, penerbangan tersebut penuh dan tiada tempat duduk untuk dirinya, menyebabkan juruterbang menjemput beliau untuk duduk di bahagian kokpit.

Jurucakap syarikat penerbangan Cathay Pacific memberitahu, mereka cuma membenarkan kakitangan penerbangan dan ahli keluarga terdekat untuk berada di dalam kokpit.

Jurucakap berkenaan tidak menyatakan sama ada Ng adalah kakitangan atau ahli keluarga atas alasan privasi.



- sinarharian.com.my

0 Response to "Wanita Cantik Dijemput Pilot Masuk Ke Kokpit Pesawat"

Post a Comment