Hot !

Kisah Sebenar Masjid Dibina Jin Di Indonesia



Sebuah kisah misteri yang diceritakan penduduk setempat di daerah Malang Indonesia ini membuatkan ramai orang menjadi bingung dan sesetengahnya sukar mempercayai kisah tersebut.Penduduk mendakwa sebuah masjid telah dibina oleh jin kerana ia tiba-tiba muncul tanpa ada tanda-tanda pembinaan seperti keadaan di tapak pembinaan yang biasa.








Para penduduk mendakwa ia dibina oleh jin kerana mereka tidak melihat sebarang alat pembinaan mahu pun bahan-bahan asas binaan di sekitar masjid tersebut.Ada sesetengah pihak luar yang mendengar cerita tersebut segera menyebarkannya sebagai sebuah masjid ajaib tanpa mengetahui kisah sebenar.










Namun kisah mengarut itu akhirnya dibongkarkan setelah pihak yang membina masjid tersebut menaikkan sepanduk bagi menjelaskan bahawa masjid tersebut dibina oleh murid dan ahli jemaah di sana.Ia sebenarnya merupakan sebuah kompleks pengajian Islam yang diberi nama Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri 'Asali Fadlaailir Rahmah.



"Apabila ada orang mendakwa masjid ini dibangun oleh jin,ia tidak benar.Kerana bangunan ini adalah pesantran Salafiyah yang dibina oleh murid dan ahli jemaah" Jelas wakil dari Pesantren tersebut.



Bangunan setinggi 10 tingkat ini mempunyai seni ukur yang sangat unik dan dikatakan kos membinanya memakan jutaan wang.









Sumber

0 Response to "Kisah Sebenar Masjid Dibina Jin Di Indonesia"

Post a Comment